@ Break Time

Friday, April 29, 2011

::INSPIRASI:: Kisah Sebatang Pokok


Kurang-kuranglah mencari salah orang lain,
salah ejaan kat twitter atau facebook pun nak jadi isu juga ke,
belajar dari kesilapan orang lain untuk hargai dan syukuri keupayaan sendiri.

Marilah kita ikuti kisah perjalanan sebatang pokok yang berada "at the wrong place and at the wrong time". Peribahasa, Pokok Takkan Bergoyang Jika Tidak DiTiup Angin, dari pepatah ini sudah diketahui bahawa jikalau hendak menunding kesalahan bukanlah kepada Pokok sebenarnya, tetapi kepada Angin. Semua bersetuju bukan?

Namun dalam satu kes, Si Pokok dipersalahkan akibat angkara Si Angin. Kisahnya bermula apabila tiupan Angin yang sepoi-sepoi bahasa, menjadi begitu kuat sehingga Pokok yang sebelumnya hanya bergoyang terus tumbang! Tumbangnya Si Pokok berkenaan menjadi lebih teruk apabila tertumbang ke atas Sang Kereta. Apa lagi melatahlah Tuan punya Sang Kereta, tak cukup dengan cemuhan, sindiran dan sumpah seranah, malah disiarkan di dada-dada akhbar dan Facebook tentang Si Pokok yang tumbang dan merosakkan Sang Kereta, siap Front Page lagi ;)

Tak cukup dengan itu, derita Si Pokok bertambah teruk, dikerat-kerat dan dipotong-potong serta dicampak-campak di tepi longkang kerana mengganggu lalu lintas dan menyebabkan jalan sesak hingga berkilometer jauhnya.

Bagi yang bersimpati amat sedih dan termenung meratapi nasib Si Pokok. Termenung sambil mengenangkan jasanya bertahun-tahun melindungi kereta-kereta mereka dari kepanasan Sang Mentari. Jauh di sudut hati, mereka menghargai pengorbanan Si Pokok, namun jasanya yang bertahun-tahun lenyap angkara Sang Angin dan hanya kerna kesalahan sehari.

Saturday, April 16, 2011

::WALLPAPER:: PERAK IN PHOTOSHOP

As promised, the wallpaper for Perak. The size 1280x800 suits for laptop. Free to download and credits to http://www.jeebsion.com/blog/ for the images. Good Luck Perak and Always Kejor Yob!

feel free to download, size 1280x800

::BREAK TIME::