@ Break Time

Thursday, November 24, 2011

:: WALLPAPER :: HARIMAU MUDA 2011


Harimau Muda 2011. Click to download real size, 1280x800
Entah dimana silapnya kejayaan yang penuh dengan liku...ada saja pihak yang ingin menafikan kejayaan Harimau Muda. Bermula dengan rentetan jadual perlawanan Sukan Sea yang dikatakan tidak begitu friendly. Kemudian pasukan Harimau Muda juga dipaksa melawan arus provokasi penonton liar Indonesia, sehingga terpaksa menggunakan Baracuda untuk ke stadium. Perang mental yang begitu berlainan dan kurangnya ketamadunan dalam erti kata memperjuangkan Fair Play samada di dalam mahupun diluar padang. 


Belum sempat kejayaan dikecapi, pasukan Harimau Muda berdepan dengan provokasi pihak urusetia untuk serta merta mengadakan ujian air kencing terhadap pemain. Begitu sukar dan mencabar untuk menggapai sekalung pingat. 


Apakah puncanya..? adakah rakyat Indonesia berperasaan iri hati atau cemburu, ataupun adakah mereka merasakan terlalu hebat hingga sukar untuk menerima kekalahan. Ataupun adakah mereka suka kepada bibit-bibit perpecahan sehingga sukar untuk menerima penyatuan. Hanya melalui sukan sesuatu yang sepatutnya masing-masing berhibur dan mencari kepuasan namun bibit-bibit pergaduhan yang melampau pula diterjemahkan.


Walau apa pun kejayaan mengekalkan emas bagi 2 temasya berturut-turut merupakan satu kejayaan manis atas usaha gigih pemain Harimau Muda, harapnya dapat dikekalkan dan prestasi dapat dipertingkatkan untuk buktikan pada Indonesia dan dunia bahawa Harimau Muda memang berhak untuk pergi lebih jauh lagi...Terbaik Harimau Muda 2011.


"they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents, if you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about."
Ong Kim Swee, Coach Harimau Muda 2011

::BREAK TIME::