@ Break Time

Saturday, January 8, 2011

QUOTE :: What I Believe VOL.02 - Letaknya Keindahan Dunia.

Keindahan Dunia adalah kerna Kesatuan Jiwa Manusia yang Tidak Sempurna, Tetapi Masing2 Berkongsi Kelebihan dan Menghormati Kelemahan. Jiwai segala kelebihan orang lain dengan sama-sama berkongsi dengan kelebihan sendiri. Tak pernah hilang mahupun kurang kelebihannya sekiranya berkongsi, malahan akan bertambah serta harmoni persekitarannya. Bukankah ini akan membawa keindahan, disamping menyihatkan jiwa serta rohani? Di situlah sebenarnya terletak keindahan Dunia. Jika ini terjadi maka, paginya akan disinari mentari yang indah dan senjanya diselubungi ketenangan. Nikmat sebegini hanya dinikmati oleh mereka-mereka yang tenang fikirannya serta lembut hatinya. 

Hancurnya Keindahan Apabila Kelebihan Menjadikannya Riak dan Berlagak Serta Kelemahan Menjadikannya Berhati Busuk. Perkara ini tak perlu diolah kerna mereka yang sihat jiwa dan akalnya akan terus memahami. Tambahan lagi Dunia Begitu Indah untuk melayani mereka-mereka seperti ini. Biarlah dibahunya dibebani dengan seribu macam hasad, riak, takabur dan keceluparan di sepanjang perjalanan hidupnya. Apabila Dunia terhenti hanya bebanan itulah yang akan  menemaninya kelak. 

hate others to hate you

::BREAK TIME::