FREEMASON WHO? Persoalan yang tak perlu dirungkai dan kalau dilihat di internet pun agak, bersepah-sepah carian mengenai Freemason. Cuma yang ingin dikongsi disini adalah penerimaan masyarakat terutama generasi muda yang begitu teruja dan seronok untuk mencari dan menyiasat sambil mengeluarkan teori masing-masing terutama diblog-blog.
PERSOALAN UTAMA: Mengapakah hanya nampak kepada pergerakan /pertubuhan /kerajaan yang menyokong atau yang konon bersubahat dengan Freemason yang dikupas berjela-jela. namun masih tiada sebarang tindakan yang boleh diambil selepas itu, adakah hanya bermadah dan mengeluarkan teori-teori semata yang belum tentu benar atau salahnya?. Adakah ianya sekadar sembang kosong untuk buktikan betapa kononnya bloggers peka terhadap isu berkenaan, atau sebenarnya hanya sekadar ingin menaikkan jumlah pengunjung ke blog masing-masing? Namun mungkin ada yang ikhlas untuk berkongsi sebagai peringatan mahupun pengajaran. Itu adalah hak masing-masing dan ini membuktikan bahawa masing sensitif dengan pergerakkan berkenaan. Jadi apa yang ingin penulis utarakan?
FREEMANSON SUDAH BERGERAK DENGAN SENDIRI.
Pernahkah kita terfikir sebenarnya dalam zaman sekarang Freemason begitu bebas bergerak, tanpa sebarang sekatan mahupun tindakan. Jarang dilihat mereka-mereka yang mengikut ajaran Freemason dikenakan tindakan undang-undang. Hanya segelintir negara yang mengharamkan pertubuhan ini. Percaya atau tidak, pengharaman berkenaan tidak pun sebenarnya melumpuhkan pergerakan Freemason.
KENAPA SUKAR DIKAWAL? Sebenarnya Freemason pada zaman ini tak perlu lagi merayu atau berselindung disebalik bantuan pemimpin-pemimpin dunia mahupun mana-mana pertubuhan di dunia ini untuk bergerak, sebabnya Freemason sudah mampu bergerak dengan sendiri. Prinsip-prinsip dan asas pergerakkan Freemanson telah menyerap ke jiwa segelintir individu dan mereka inilah yang menjadi penyebar mahupun rangkaian yang berhubung dengan individu lain. PELIKNYA masing-masing sebenarnya menyedari perkara berkenaan. Cuma masih boleh bersikap tenang dan rela. Sebab itulah ianya bergerak bebas dan tiada tindakan yang boleh diambil, iyalah takkan ingin mengambil tindakan terhadap diri sendiri!
SIFAT DAJAL DALAM TABIAT MANUSIA
FITNAH DAJAL DAN FITNAH MANUSIA. Dalam masyarakat kita pada hari ini, FITNAH menjadi satu budaya yang amat popular, dari tabir tingkap rumah hinggalah ke bilik pejabat, media cetak atau elektronik mahupun internet. Ianya menjadi satu rutin yang amat menakutkan. Sedang menyuap rezeki Allah ke mulut pun masih sempat untuk menabur Fitnah.
Fitnah agak kasar bunyinya, tak senang duduk si pelakunya, panas sentiasa. Oleh yang demikian bagi menghalalkan cara, menyedapkan kata, maka digantilah FITNAH INI DENGAN GOSSIP. Baru canggih sikit dan sesuai dengan zaman moden kononnya.
“Kalau disebut: ‘eehh jom bergossip’. Nampak selesalah sikit walapun yang hendak digossip itu adalah individu lain, kalau gossip beruk lainlah. Cuba pula sebut “ehh jom memfitnah” tak ke kasar bunyinya. Terkunci terus mulut siPelaku untuk memulakan sesi melongkang.”
Jadi ada bezakah dengan Dajal? Adakah juga siPelaku berkenaan juga mengikut sifat-sifat Dajal? Adakah juga siPelaku sebenarnya pengikut Freemason? dan dalam hal ini hanya belum mendaftar sebagai ahli sahaja lagi. Adakah siPelaku mengetahuinya yang dia sebenarnya penyebar fahaman Freemason dan sebenar sudah mendaftar secara tidak rasmi sebagai Pengikut Dajal?
RALAT: Fitnah Dajal sebenarnya lebih hebat berbanding dengan apa yang manusia mampu lakukan, oleh yang demikian bermohonlah Perlindungan dengan Allah S.W.T, semoga kita semua terselamat dari Fitnah Dajal.
SATU MATA MELIHAT SEMUA (ALL SEEING ONE EYE). Bagi yang mengikut kisah-kisah Freemason mesti faham apa yang dimaksudkan. Namun rasanya semua tahu yang fizikal Dajal ditaksirkan dengan bermata satu.
Sila Renungkan: Dajal Punyai Mata Satu....Segelintir Manusia Haya Pandang “Sebelah Mata” Pada Kebenaran. Tak Sama Ke dengan Sifat Dajal Ni?
SI DAJAL YANG MENSYURGAKAN NERAKA DAN MENERAKAKAN SYURGA. Tabiat dalam diri manusia, membenarkan apa yang salah dan yang salah itu baginya benar, terutama apabila sesuatu isu berlaku terhadap orang terdekat mahupun puak dan kawan sendiri. Cepat melatah sekiranya perkara yang salah, ditegur mahupun dinasihati, ada pihak yang cuba untuk membela dan membenarkan kesalahan (walaupun sebenarnya teguran itu adalah untuk kebaikan). Apa yang berlaku terhadap kawannya pula, cepat-cepat disorok mahupun mengutarakan teori-teori songsang yang langsung terpesong dengan Al-Quran dan Sunnah.
Cuba bayangkan kalau perkara berkenaan berlaku kepada orang lain. Letih bergerak ke sana ke mari mencanang cerita. Sudah letih, internet pula menjadi sumber penyampaian samada blog mahupun Facebook. Yang penting adalah usaha yang gigih, untuk menjatuhkan orang lain seolah-olah dia adalah Ahli Syurga dan orang lain adalah Ahli Neraka.
Ajaran Freemason bergerak dengan sendiri dan melalui tabiat manusia. Jadi tak perlu menunding jauh mencari dan membongkarkan teori atau pengikut Freemasion. Tepuk Dada Tanya Diri adakah Anda Juga Pengikut Freemasion?