@ Break Time

Wednesday, May 16, 2012

::INSPIRASI:: Hari Guru



16 Mei setiap tahun, Hari Guru disambut bagi mengenangkan jasa guru-guru yang banyak berkorban demi kejayaan pelajarnya samada ilmu pengetahuan mahupun dengan sahsiah yang terpuji.

Bak kata orang Guru adalah contoh yang terbaik bagi semua pelajar, dan guru yang terbaik bukan sahaja menjadi Teladan malahan menjadi Inspirasi yang tiada tandingan. Tugasan Guru dianggap mulia dan terpuji kerna khidmatnya dan kerna pengorbanannya.

Namun pekerjaan Guru sekarang dipilih kerna imbuhan dan gaji yang lumayan. Ramai yang menolak kerja tambahan untuk kecemerlangan pelajar atas alasan sudah habis waktu kerja, dan ada yang melakukannya dengan syarat mesti ada bayaran tambahan. Tugasan guru seperti menjadi tempat mengumpul kekayaan dan pangkat sahaja, apa yang terjadi kepada pelajar adalah perkara kedua.

Malahan kerjaya perguruan juga telah menjadi tempat saingan sesama sendiri, ada yang sanggup berhasad dengki dan memfitnah hanya semata menjaga kepentingan peribadi atau mengejar pangkat dan kuasa.

Ada juga yang menjadikan kerjaya perguruan sebagai tempat  mencari populariti, agar sentiasa disanjung oleh pelajar tanpa mengambil kira integriti dan nilai-nilai murni dalam falsafah pendidikan. Demi mendapat pujian pelajar sanggup membelakangkan amanat tugasan, soalan bocor, markah percuma, tiada tindakan atas kesalahan, adalah contoh yang biasa didengar.

Guru bukan hanya sebagai pendidik, malahan sebagai contoh dan teladan. Bagaimana kita berketrampilan dan berkata-kata akan menjadi ikutan atau buah mulut dikemudiannya. Jika bahasa kita kesat dan jijik, mencarut dan tidak beradab, adakah sesuai dianggap sebagai seorang guru. Jika sebarang permasalahan di tempat kerja tidak disuarakan sebetulnya hanya melalui Facebook/ Twitter dan cakap belakang, adakah layak dipanggil seorang Guru.

Buat Guru-guru saya, samada dari sekolah rendah hingga ke IPT, anda adalah contoh terbaik buat saya, ilmu dan sahsiah guru amat terpuji, nasihat dan budi pekerti sentiasa saya kenang dan contohi. semoga Allah membalas dan memberkati guru-guru sekalian.





::BREAK TIME::