Masa mengajar erti penyesalan dan kenangan silam, dan masa mengejar masa hadapan agar meninggalkan mereka yang tidak berfikir sekarang. Setiap detik berlalu diharungi tanpa mahu disedari, namun dalam keadaan sedemikian direncahkan setiap detik berkenaan dengan bait-bait kebencian dan kerosakkan.
Samada gagal berfikir dengan baik mahupun hati telah diracuni dengan titik-titik hitam, yang mula bertompok atas keegoan hari ini, dan tanpa diketahui ianya akan terpantul nantinya sebagai penyesalan di masa silam. Adakah ianya bakal dikecapi dengan penuh nikmat kemanisan, ataupun dipenuhi dengan nista yang tidak berperisa.
Jika masih dikenang sebagai nikmat kemanisan, maknanya tiada perubahan tercipta di saat berkenaan, kerna masih tersimpan bait-bait kebencian. Namun masa masih bergerak dengan pantas, tanpa menghiraukan sendaloka ciptaan manusia pada hari ini. Dan setiap detik apabila jauh ditinggalkan, perasaan yang pernah dititik dengan bait-bait kebencian akan tetap hilang dan pergi samada haluan berbeza mahupun sahutan Ilahi.
Disaat demikian, adakah penyesalan dapat menyembuhkan bait-bait kebencian yang pernah dilontarkan terhadap sekeping perasaan? Atau akan terbit bait-bait kebencian terhadap diri sendiri atas kerosakkan silam yang pernah direncahkan. Akan terdetik seribu penyesalan dengan tadahan tangan mengharap ihsan Ilahi, namun kerosakkan bukan hanya pada Yang Maha Berkuasa namun terhadap hati manusia yang telah meninggalkannya terlebih dahulu.
Masa pada detik berkenaan akan mengajarnya erti kerosakkan yang tiada kemaafan dari sekeping hati manusia. Masa juga bakal mengajar tentang penyesalan dan tentang kenangan silam yang tak mampu menyembuhkan jiwanya kembali.
Jika anda membacanya hari ini bermakna masih ada masa untuk anda menyirami dengan titisan-titisan kemanisan agar dapat diucapkan Selamat Tinggal kepada masa silam tanpa sebarang Penyesalan.