@ Break Time

Sunday, December 11, 2011

::NATURE:: RAMBUTAN "ANAK SEKOLAH"

Post biasa hari ini...Rambutan.
Tiada yang menarik mengenai buah ini, cuma dicari apabila tiada, bila terlalu mudah didapati nak makan pun dah tak berkenan.

Namanya agak unik diambil dari fizikal luarannya yang berbulu/ berambut. Dari situ buah ini mendapat nama.
Namun tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis rambutan di negara kita, antara yang paling enak untuk dimakan adalah Rambutan Gula Batu, manis seumpama gula rasanya. (gambarnya akan dimasukkan kemudian)

Gambar dibawah namanya Rambutan Anak Sekolah, kenapa? Tiada jawapan, namun buahnya agak besar dan  rasanya kurang manis berbanding dengan Rambutan Gula Batu. Namun sekiranya berbuah, agak lebat dan dahannya hampir mencecah bumi, ini kerana buahnya agak berat dan besar. Kelebihannya pakai tangan pun boleh dipetik (kecuali yang tinggi, galah diperlukan ;)
Rambutan Anak Sekolah hampir mencecah tanah

Buahnya Kemerahan Apabila Masak, sedia untuk diPetik

Rambutan Anak Sekolah, agak besar saiznya


No comments:

::BREAK TIME::