::Wallpaper:: Lumrah Kehidupan Rumpun Melayu |
Hidupnya Penuh dengan Teka-Teki
Angkara Ketidakpuasan Hati dan Dengki
Mengomel dan Mencuit Sana dan Sini
Mencari Isu Menjatuhkan Bangsa Sendiri
Angkara Ketidakpuasan Hati dan Dengki
Mengomel dan Mencuit Sana dan Sini
Mencari Isu Menjatuhkan Bangsa Sendiri
Pabila Dalam Kesusahan Dan Dahaga Bantuan
Lembut Lidah dan Meliuk-Liuk Badan
Pabila Selesai Bantuan dan Keperluan
Yang Buruk Diungkitkan, Yang Baik Hilang dari Ingatan
Lembut Lidah dan Meliuk-Liuk Badan
Pabila Selesai Bantuan dan Keperluan
Yang Buruk Diungkitkan, Yang Baik Hilang dari Ingatan
Seribu Kebaikan Ibarat Sang Kuman
Satu Kesalahan Ibarat Seekor Gajah
Itu Yang Ketara Dalam Penglihatan
Yang Salah akan Di Sebar dan Buruk Di Terjah
Satu Kesalahan Ibarat Seekor Gajah
Itu Yang Ketara Dalam Penglihatan
Yang Salah akan Di Sebar dan Buruk Di Terjah
Lumrah Kehidupan Sang Melayu
Harta dan Rebutan Kuasa Nafsu Kepalang
Berusaha Bukan Dengan Berjuang atau Doa Merayu
Tapi Hanya Dengan Fitnah dan Menikam Belakang
Harta dan Rebutan Kuasa Nafsu Kepalang
Berusaha Bukan Dengan Berjuang atau Doa Merayu
Tapi Hanya Dengan Fitnah dan Menikam Belakang
Jiwa Meroyan Mencemuh dan Menghina
Ngumpat dan Fitnah Sajian Harian
Tak Kira Haiwan, Saudara atau Teman SeAgama
Demi Hati dan Nafsu serta Kepuasan Kenerakaan.
Ngumpat dan Fitnah Sajian Harian
Tak Kira Haiwan, Saudara atau Teman SeAgama
Demi Hati dan Nafsu serta Kepuasan Kenerakaan.
Kadangnya Menyalak Penuh Keegoaan
Mencanang Kehebatan, Menunjuk-Nunjuk Keriakan
Nampak Hanya Kelemahan Orang
Kononnya Ilmu yang Hebat Semua diTangan
Apa Ada Dengan Perasaan dan Menjaga Hati
Pabila Terjelir Perlu DiFitnah dan Mengeji
Hingga KeLubang Cacing Akan Dicari
Demi Menjaga Hati dan Hati dan Hati Sendiri
Istilah Menyesal dan Tergadah Hanya Disedari
Pabila Kesusahan dan Keperluan Peribadi Menyusuri
Apabila Yang Diludah Dijilat Kembali
Baru Disedari Hidupnya Tiada Harga Diri
Istilah Keampunan dan Kemaafan Hanya Setahun Sekali
Pabila Syawal Menjenguk Kembali
Tetapi itu Hanya Kelatahan Sensasi
Agar Selepas Itu Hasad dan Dengki Berbunga Kembali

:: peringatan untuk diri sendiri dan mereka yang memakan cili ::
No comments:
Post a Comment