@ Break Time

Monday, April 2, 2012

:: INSPiRASI:: Apa Yang DiPelajari Minggu Lepas (Hujung Mac 2012)

menunggu students masuk lab...self-portrait, self-shooting ;)

Bak kata orang-orang lama, jauh perjalanan luas pandangan, berilmu dengan orang yang bijaksana akan mematangkan lagi daya pemikiran dan mensyukuri apa yang ada di sekeliling kita. Tidak dinafikan setiap perilaku dan tindakan menjurus kepada keperibadian dan perwatakan seseorang, namun apa hak kita untuk menilai tingkah-laku seseorang tanpa kita sedari perwatakan kita juga bukanlah sebaik dan sesempurna mana. 

Muqaddimah yang agak sukar dan susah untuk difahami bukan.? Begitulah juga dengan kehidupan ada yang sukar dan susah untuk difahami oleh setiap individu. Namun apa yang penting kita sama-sama cuba mendalami agar tiada persepsi mudah dan prasangka kurang baik terlontar hasil dari ketidak-fahaman atau kejahilan kita tentang sesuatu perkara.

1. Tidak mendapat Hidayah
Sesungguhnya sebagai seorang pendidik perkongsian ilmu dan pandangan secara ilmiah adalah sesuatu yang sangat manis dan menyenangkan. Namun tidak semua pendapat dan perkongsian dapat diterima sebaik mungkin. Bukan disebabkan tidak mahu terima pendapat namun biasalah manusia jika terdapat konflik dan keegoan, pendapat yang baik pun akan menjadi negatif. Itu wajaran biasa dalam kehidupan bekerja bersama mereka yang bersifat sedemikian. Untuk menyedapkan hati dan sentiasa lapang sekiranya berdepan dengan situasi berkenaan hanya sebutlah Alhamdullillah sebab anda sebenarnya mendapat Hidayah Allah S.W.T  untuk mengetahui tentang ilmu berkenaan. Sebaliknya mereka yang lain yang sukar menerimanya anggaplah mereka belum mendapat Hidayah dari Allah S.W.T untuk mengetahui tentang ilmu Allah tersebut. Hanya Senyum dan Bersyukur :)


2. What Happened in Your Childhood?
Agak tertawa besar bila perkataan ini dilontarkan kepada individu oleh penceramah di dalam bengkel yang saya sertai sebelum ini. Apa yang menariknya persoalan berkenaan timbul apabila penceramah menceritakan berkenaan tujuan pensyarah adalah untuk meluluskan pelajar disamping memberikan apa yang hak kepada pelajar berkenaan, tambahan jikan dilihat dalam Learning Outcome sesuatu subjek lebih menekankan apa yang pelajar akan pelajari diakhir pengajian berkenaan. Namun jika kita hanya ingin mengagalkan pelajar disebabkan ada masalah peribadi atau seangkatan dengannya maka perlulah kita fikir apa yang kita alami sewaktu zaman kanak-kanak kita dahulu...sehingga pelajar yang sepatutnya lulus tapi kita gagalkan hanya disebabkan beberapa idealogi yang tidak sememangnya berkait rapat dengan P&P. Tiada istilah balas dendam dalam dunia pendidikan.

3. Kemuliaan Khidmat sebagai Pendidik dan kaitan dengan Jubah.
Jika dilihat dan diteliti hanya tiga tugasan sahaja didunia ini yang dimuliakan oleh masyarakat dimana diperkenan mereka-mereka berkenaan untuk mengenakan jubah. Mereka yang berkenaan adalah:
a. Alim-Ulamak
b. Para Hakim
c. Pendidik dan Pelajar (sewaktu majlis Konvokesyen)

Jadi perlulah kita sebagai pendidik dan pelajar berbangga dengan kemuliaan berkenaan, sebabnya tidak semua yang bernasib baik untuk mengenakan Jubah didalam kehidupan mereka. Peluang yang datang yang sesunguhnya dimuliakan adalah menjadi sesuatu yang hina jika kita gagal menerapkan kesempatan berkenaan hanya kerna idealogi peribadi yang sebenarnya tidaklah melayakkan kita mengenakan Jubah berkenaan di dalam pekerjaan kita. Perkhidmatan kita adalah untuk membantu dan mendidik masyarakat jadi sekiranya kita beranggapan medan pendidikan hanya sebagai tempat mengumpulkan harta dan pangkat serta untuk mempengaruhi orang lain bagi mengiyakan idealogi peribadi, maka bidang pendidikan adalah bukan tempat anda untuk meneruskan hidup dan mencari rezeki.

dari pandangan saya dan untuk saya sendiri sebagai Pendidik.


No comments:

::BREAK TIME::