@ Break Time

Thursday, April 5, 2012

::INSPiRASI:: Bukan Taknak Minta Tolong...Tapi Dia Taknak Beri Kerjasama.



Respon saya kepada tajuk berkenaan?

Pertamanya saya akan ketawa besar (tapi dalam hatiler), bukan apa terlalu Tipikal dan mudah berSangka Buruk. HAHAHAHA. Keduanya saya akan terkejut besar sekiranya perkataan berkenaan keluar dari mulut mereka-mereka yang Berijazah, Bersarjana ataupun BerPhD. Namun jika bukan daripada TIGA golongan berkenaan, saya akan mendoakan agar mereka diberi Rahmat dan Hidayah oleh Allah S.W.T. untuk mengenali manusia lain bukan atas dasar rupa atau cakapan orang lain, sebaliknya mengenali setelah mendekati kemudian menilai dengan sendiri.

Ini adalah asam garam dalam kehidupan bertamadun manusia, terutama manusia yang golongannya adalah Rumpun Melayu. Mungkin selepas ini ramai akan respon dengan ayat mudah "Tak semua Melayu macam tu". Jawapan saya, Tepuk Dada Tanya Iman.

Sesi Pertama: Suka dengan Andaian dan Persepsi Buruk dari Baik.
Ini adalah normal dalam masyarakat Melayu bertamadun, suka membuat andaian dan kemudian bersangka buruk dahulu...tanpa bertanya, menyelidik, mendekati dan mencari kepastian. Bersangka baik atau Think Positive hanya akan berlaku kepada rakan-rakan akrab sahaja (walaupun sikap kawannya bercanggah dengan norma-norma asas kehidupan). Seperti tajuk di atas belum lagi meminta tolong tapi..sudah ada jawapan. (ketawa besar lagi)

Sesi Kedua: Entah Apa-Apa!!!
Dalam sesi bercerita negatif/ gossip/ ngumpat/ fitnah dan seangkatan semazmumah dengannya...Itu adalah jawapan biasa bagi yang mendengar...takpun Ye Ke!!..iskkh Teruknye!!. Terima bulat-bulat tanpa selidik. Kemudianya terus menghukum, begitulah hebatnya Rumpun Melayu ini. Itulah seperti saya maklumkan di atas jika TIGA golongan berkenaan saya akan terkejut besar (ketawa besar lagi).

Sesi Ketiga: Menyampaikan walaupun sebaris Ayat.
Ini adalah kesinambungan selepas Dua Sesi di atas...selain bisness MLM yang menggunakan sistem Piramid, begitu juga dengan menyampaikan maklumat-maklumat tambahan seperti di Sesi Kedua...dari seorang disampaikan kepada dua orang yang lain, dua orang akan menyampaikan kepada 4 orang yang lain...sungguh tersusun kaedah penyampaian maklumat golongan Melayu ini, tapi kena ingat, betul atau salah  tidak timbul ya...Yalah semuanya negatif dan salah belaka...baru efektif kaedah sistem Piramid ini. (ketawa besar lagi)

Sesi Keempat: Buat Baik Balasnya Baik, Buat Jahat Balasnya Neraka (tapi semua itu Hak Allah sahaja)
Setelah berjuih-juih, bersembur-sembur air liurnya...sekarang tibalah masa air liurnya dijilat kembali. Terlalu asyik dengan persepsi buruk sangka, memburukan orang, menghukum orang tanpa diadili, menjatuhkan maruah orang dan menyebarkan finah, Maka tibalah masanya ehh...err Aku perlu bantuan dia lerr untuk selesaikan kerja aku ini...errr tapi mesti dia takkan beri Kerjasama kan? Tepuk Dada Tanya Iman. 

Jika kita berbuat baik, bersangka baik dengan orang lain, Insyaallah beliau akan membantu kita samada kita dalam keadaan susah mahupun senang. Namun sebelum ini bermacam-macam perkara buruk dan fitnah dilemparkan, kemudian perlu bantuan beliau semula?...berfikiran positiflah minta dan tanya dahulu sebelum andaian dibuat. Sudahlah sebelum ini macam-macam perkara mazmumah ditebarkan, selepas itu nak minta tolong tanyalah dahulu jangan terus buat kesimpulan sahaja.

Namun selepas itu jika beliau tidak mahu menolong juga atau tidak memberi kerjasama, cuma ingatkan kembali sebelum ini adakah kita berbuat baik kepadanya..atau sentiasa cuba memburukkannya dalam apa cara sekali pun. Manusia tetap manusia, jika kita punyai perasaan dan mengharapkan orang lain menjaga perasaan kita...begitulah juga sebaliknya. Biar Tindakan Positif diMulakan Dahulu Sebelum Mulut Mula Berbicara Negatif.

Muhasabah Diri Untuk Kesejahteraan Umat...
Musibah Datang Untuk Peringat...

dari saya untuk saya.

No comments:

::BREAK TIME::