Thursday, December 29, 2011
Monday, December 19, 2011
Sunday, December 11, 2011
::NATURE:: RAMBUTAN "ANAK SEKOLAH"
Post biasa hari ini...Rambutan.
Tiada yang menarik mengenai buah ini, cuma dicari apabila tiada, bila terlalu mudah didapati nak makan pun dah tak berkenan.
Tiada yang menarik mengenai buah ini, cuma dicari apabila tiada, bila terlalu mudah didapati nak makan pun dah tak berkenan.
Namanya agak unik diambil dari fizikal luarannya yang berbulu/ berambut. Dari situ buah ini mendapat nama.
Namun tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis rambutan di negara kita, antara yang paling enak untuk dimakan adalah Rambutan Gula Batu, manis seumpama gula rasanya. (gambarnya akan dimasukkan kemudian)
Namun tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis rambutan di negara kita, antara yang paling enak untuk dimakan adalah Rambutan Gula Batu, manis seumpama gula rasanya. (gambarnya akan dimasukkan kemudian)
Gambar dibawah namanya Rambutan Anak Sekolah, kenapa? Tiada jawapan, namun buahnya agak besar dan rasanya kurang manis berbanding dengan Rambutan Gula Batu. Namun sekiranya berbuah, agak lebat dan dahannya hampir mencecah bumi, ini kerana buahnya agak berat dan besar. Kelebihannya pakai tangan pun boleh dipetik (kecuali yang tinggi, galah diperlukan ;)
Rambutan Anak Sekolah hampir mencecah tanah |
Friday, December 9, 2011
::INSPIRASI:: SUDIRMAN - INDAHNYA ALAM
Indahnya Alam...
Jika diselami lirik lagu dan melodi yang didendangkan oleh Allahyarham Sudirman, nescaya kita akan dapat bayangkan betapa Hebat ciptaan Allah S.W.T yang sememangnya indah dan permai. Bait-bait ungkapan di setiap baris lagu berkenaan pasti akan menusuk kalbu dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang mendengarnya.
Tak Percaya Sila layan :) sambil menikmati pemandangan diSINI dan diSINI... :DALLAHYARHAM SUDIRMAN HJ ARSHAD
INDAHNYA ALAM
Angin berbunyi di pohon kelapa
Membawa berita khabar yang jauh
Sambil menyanyi berbisik apa
Betapa indahnya jika ku tahu
Alangkah Indahnya alam
Terang benderang terang cuaca
Bersulam sulam awan melindungi
Alangkah indahnya alam
Hatiku girang tambah bahagia
Menikmati alam yang indah ini
Alangkah indahnya alam
Alangkah indahnya alam.
Lagu & Lirik : R.Maroeti
Sumber: YouTube
Wednesday, December 7, 2011
::NATURE:: The Royal Belum, Perak
The Royal Belum (Hutan Belum) located in Perak, Malaysia. The adventure based on three reason:
1. School Activity
2. Induction Session
3. Book.
Well complete the mission for number 1 and 2, but number 3?
Suppose need to develop a book (travelog) a part of the project and achievement of students, in addition to guide them on how to do a field research. Anyway hopefully the mission will complete soon.
Some of the images as part of the moment capture by using Olympus Digital Camera, so don’t expect much especially the quality…it’s not DSLR. However, just to share the BELUM in my point of view, the lake, forest, flora and fauna and also the origin peoples.
The place MUST visit, why? Go and check it out, then tell yourself how lucky you are.
The idea for front page |
Morning breeze, chill and calm. |
blue sky at Belum |
Fresh and Cold water |
The Gold of Belum: Kelah |
love their house, the "Green" House. |
::NATURE:: Paddy Field in KODIANG
Wallpaper of Kodiang (Digital Camera Olympus) |
Hahahaha, (LOL). Maybe that is the first impression when someone mention "Kodiang" or some says Kokdiang, or to make it funnier pronoun it as KoKdeeanngg. Some Kedahan also laugh at Kodiang. Why?
Kodiang, not included as a weird name in Malaysia such as Kampung Penajis (Negeri Sembilan), Dada Kering and Bangau (Pahang), Kampung Buangsiol (Sarawak), Felda IceBox (Sabah) or Kampung Batang Bergedik (Perak) or Batang Berjuntai (Selangor). No offence :)
Is it because of the mentality of some individual that look at Kodiang as “Ulu” (isolated)? Which is place that full of poor peoples, smelly or low class farmer? Is that right? Maybe everyone should go there and the check out the places and local peoples. :)
If you ask me I also don’t know why some peoples laugh at it, but I am proud to say that I’m from Kodiang. Hahahaha...
Saturday, December 3, 2011
:: INSPiRASI:: INGAT SEBELUM GAGAL
Perancangan Hebat, Risiko Di Ambil,
Nikmat Usaha Membuahkan Hasil,
Walau Dianggap Pasukan Kerdil,
Bola DiSepak Seumpama Membedil.
Nikmat Mendahului Kepuasannya Tak Terhingga,
Bibit Kemenangan Berada Di Depan Mata,
Itu Tersirat Pada Separuh Masa Pertama,
Namun Apakah Pasti Akan Ke Hujungnya.
Apa Yang Berlaku Sebagai Perumpama,
Kerja Sepasukan, Untuk Kerja Bersama,
Mungkin Belum Masa Untuk Kuat Mengaum,
Tapi Usaha dan Kegigihan Amatlah diKagum. -----> TAHNIAH HARIMAU MUDA
Hidup Juga Ibarat Bola Perumpamaannya,
Tiada Yang Ketahui Apa Ada DiPenghujungnya,
Kita Berbangga Dengan Kejayaan Padanya,
Namun Pastikah akan Dikecapi Nikmatnya.
Pada Yang Baru Mengorak Langkah,
Adakah Kental Ilmunya Untuk Semua Disanggah,
Biasanya Yang Berisi Sentiasa Diam dan Tertunduk,
Jadi Yang Kosong Tak Perlulah Menunjuk-Nunjuk.
Teguran DiBuat Untuk Perbaiki Kelemahan,
Hingga Yang Mengurus Tak Nampak Kesilapan,
Perlukah DiUbah Atau Menabur Fitnahan,
Hanya Niat Asal Untuk Perbaiki Kesilapan.
Jika Pandai Tak Boleh DiAjar,
Bodoh Tak Perlulah Pula Ditunjuk,
Sehingga Menjadi Begitu Kurang Ajar,
Ke Hulu ke Hilir Fitnah DiBentuk.
Friday, November 25, 2011
Thursday, November 24, 2011
:: WALLPAPER :: HARIMAU MUDA 2011
Harimau Muda 2011. Click to download real size, 1280x800 |
Entah dimana silapnya kejayaan yang penuh dengan liku...ada saja pihak yang ingin menafikan kejayaan Harimau Muda. Bermula dengan rentetan jadual perlawanan Sukan Sea yang dikatakan tidak begitu friendly. Kemudian pasukan Harimau Muda juga dipaksa melawan arus provokasi penonton liar Indonesia, sehingga terpaksa menggunakan Baracuda untuk ke stadium. Perang mental yang begitu berlainan dan kurangnya ketamadunan dalam erti kata memperjuangkan Fair Play samada di dalam mahupun diluar padang.
Belum sempat kejayaan dikecapi, pasukan Harimau Muda berdepan dengan provokasi pihak urusetia untuk serta merta mengadakan ujian air kencing terhadap pemain. Begitu sukar dan mencabar untuk menggapai sekalung pingat.
Apakah puncanya..? adakah rakyat Indonesia berperasaan iri hati atau cemburu, ataupun adakah mereka merasakan terlalu hebat hingga sukar untuk menerima kekalahan. Ataupun adakah mereka suka kepada bibit-bibit perpecahan sehingga sukar untuk menerima penyatuan. Hanya melalui sukan sesuatu yang sepatutnya masing-masing berhibur dan mencari kepuasan namun bibit-bibit pergaduhan yang melampau pula diterjemahkan.
Walau apa pun kejayaan mengekalkan emas bagi 2 temasya berturut-turut merupakan satu kejayaan manis atas usaha gigih pemain Harimau Muda, harapnya dapat dikekalkan dan prestasi dapat dipertingkatkan untuk buktikan pada Indonesia dan dunia bahawa Harimau Muda memang berhak untuk pergi lebih jauh lagi...Terbaik Harimau Muda 2011.
"they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents, if you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about."
Belum sempat kejayaan dikecapi, pasukan Harimau Muda berdepan dengan provokasi pihak urusetia untuk serta merta mengadakan ujian air kencing terhadap pemain. Begitu sukar dan mencabar untuk menggapai sekalung pingat.
Apakah puncanya..? adakah rakyat Indonesia berperasaan iri hati atau cemburu, ataupun adakah mereka merasakan terlalu hebat hingga sukar untuk menerima kekalahan. Ataupun adakah mereka suka kepada bibit-bibit perpecahan sehingga sukar untuk menerima penyatuan. Hanya melalui sukan sesuatu yang sepatutnya masing-masing berhibur dan mencari kepuasan namun bibit-bibit pergaduhan yang melampau pula diterjemahkan.
Walau apa pun kejayaan mengekalkan emas bagi 2 temasya berturut-turut merupakan satu kejayaan manis atas usaha gigih pemain Harimau Muda, harapnya dapat dikekalkan dan prestasi dapat dipertingkatkan untuk buktikan pada Indonesia dan dunia bahawa Harimau Muda memang berhak untuk pergi lebih jauh lagi...Terbaik Harimau Muda 2011.
"they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents, if you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about."
Ong Kim Swee, Coach Harimau Muda 2011
Sunday, September 4, 2011
::INSPIRASI:: Mencari Nama Atau Keikhlasan
Sekalung Doa Buat Yang Pergi,
Ini Semua Atas Ketentuan Ilahi,
Tiada Yang Dapat Menghalang Apabila DiUji
Namun Yang Tersirat Amat Menyayat Hati.
Buat Sekeluarga Arwah Yang DiRindui,
Terima dengan Redha dan Terbuka Hati,
Melihat Sekujur Tubuh Tidak Bernyawa Lagi,
Hanya Air Mata Luahan Tak Terperi.
Buat Sekawan Yang Turut Sertai,
Tanamkan Keikhlasan Penuh DiHati,
Sebagai Pengajaran Yang Tidak Ternilai,
Agar Maruah dan Kerjaya Tidak DiGadai.
Buat Mereka Yang Mengetuai,
Tanggung dan Jawab Sudahlah Pasti
Tepuk Dada Tanyalah Hati,
Adakah Kerna Nama Atau Seikhlas Hati.
Al-Fatihah Buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.
Gambar dari http://mynewshub.my/2011/09/03/jenazah-jurukamera-bernama-tv-tiba-9-pagi-esok-di-tudm-subang/
Ini Semua Atas Ketentuan Ilahi,
Tiada Yang Dapat Menghalang Apabila DiUji
Namun Yang Tersirat Amat Menyayat Hati.
Buat Sekeluarga Arwah Yang DiRindui,
Terima dengan Redha dan Terbuka Hati,
Melihat Sekujur Tubuh Tidak Bernyawa Lagi,
Hanya Air Mata Luahan Tak Terperi.
Buat Sekawan Yang Turut Sertai,
Tanamkan Keikhlasan Penuh DiHati,
Sebagai Pengajaran Yang Tidak Ternilai,
Agar Maruah dan Kerjaya Tidak DiGadai.
Buat Mereka Yang Mengetuai,
Tanggung dan Jawab Sudahlah Pasti
Tepuk Dada Tanyalah Hati,
Adakah Kerna Nama Atau Seikhlas Hati.
Al-Fatihah Buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.
Gambar dari http://mynewshub.my/2011/09/03/jenazah-jurukamera-bernama-tv-tiba-9-pagi-esok-di-tudm-subang/
Sunday, July 10, 2011
::INSPIRASI:: Freemason Who?
FREEMASON WHO? Persoalan yang tak perlu dirungkai dan kalau dilihat di internet pun agak, bersepah-sepah carian mengenai Freemason. Cuma yang ingin dikongsi disini adalah penerimaan masyarakat terutama generasi muda yang begitu teruja dan seronok untuk mencari dan menyiasat sambil mengeluarkan teori masing-masing terutama diblog-blog.
PERSOALAN UTAMA: Mengapakah hanya nampak kepada pergerakan /pertubuhan /kerajaan yang menyokong atau yang konon bersubahat dengan Freemason yang dikupas berjela-jela. namun masih tiada sebarang tindakan yang boleh diambil selepas itu, adakah hanya bermadah dan mengeluarkan teori-teori semata yang belum tentu benar atau salahnya?. Adakah ianya sekadar sembang kosong untuk buktikan betapa kononnya bloggers peka terhadap isu berkenaan, atau sebenarnya hanya sekadar ingin menaikkan jumlah pengunjung ke blog masing-masing? Namun mungkin ada yang ikhlas untuk berkongsi sebagai peringatan mahupun pengajaran. Itu adalah hak masing-masing dan ini membuktikan bahawa masing sensitif dengan pergerakkan berkenaan. Jadi apa yang ingin penulis utarakan?
FREEMANSON SUDAH BERGERAK DENGAN SENDIRI.
Pernahkah kita terfikir sebenarnya dalam zaman sekarang Freemason begitu bebas bergerak, tanpa sebarang sekatan mahupun tindakan. Jarang dilihat mereka-mereka yang mengikut ajaran Freemason dikenakan tindakan undang-undang. Hanya segelintir negara yang mengharamkan pertubuhan ini. Percaya atau tidak, pengharaman berkenaan tidak pun sebenarnya melumpuhkan pergerakan Freemason.
KENAPA SUKAR DIKAWAL? Sebenarnya Freemason pada zaman ini tak perlu lagi merayu atau berselindung disebalik bantuan pemimpin-pemimpin dunia mahupun mana-mana pertubuhan di dunia ini untuk bergerak, sebabnya Freemason sudah mampu bergerak dengan sendiri. Prinsip-prinsip dan asas pergerakkan Freemanson telah menyerap ke jiwa segelintir individu dan mereka inilah yang menjadi penyebar mahupun rangkaian yang berhubung dengan individu lain. PELIKNYA masing-masing sebenarnya menyedari perkara berkenaan. Cuma masih boleh bersikap tenang dan rela. Sebab itulah ianya bergerak bebas dan tiada tindakan yang boleh diambil, iyalah takkan ingin mengambil tindakan terhadap diri sendiri!
SIFAT DAJAL DALAM TABIAT MANUSIA
FITNAH DAJAL DAN FITNAH MANUSIA. Dalam masyarakat kita pada hari ini, FITNAH menjadi satu budaya yang amat popular, dari tabir tingkap rumah hinggalah ke bilik pejabat, media cetak atau elektronik mahupun internet. Ianya menjadi satu rutin yang amat menakutkan. Sedang menyuap rezeki Allah ke mulut pun masih sempat untuk menabur Fitnah.
Fitnah agak kasar bunyinya, tak senang duduk si pelakunya, panas sentiasa. Oleh yang demikian bagi menghalalkan cara, menyedapkan kata, maka digantilah FITNAH INI DENGAN GOSSIP. Baru canggih sikit dan sesuai dengan zaman moden kononnya.
“Kalau disebut: ‘eehh jom bergossip’. Nampak selesalah sikit walapun yang hendak digossip itu adalah individu lain, kalau gossip beruk lainlah. Cuba pula sebut “ehh jom memfitnah” tak ke kasar bunyinya. Terkunci terus mulut siPelaku untuk memulakan sesi melongkang.”
Jadi ada bezakah dengan Dajal? Adakah juga siPelaku berkenaan juga mengikut sifat-sifat Dajal? Adakah juga siPelaku sebenarnya pengikut Freemason? dan dalam hal ini hanya belum mendaftar sebagai ahli sahaja lagi. Adakah siPelaku mengetahuinya yang dia sebenarnya penyebar fahaman Freemason dan sebenar sudah mendaftar secara tidak rasmi sebagai Pengikut Dajal?
RALAT: Fitnah Dajal sebenarnya lebih hebat berbanding dengan apa yang manusia mampu lakukan, oleh yang demikian bermohonlah Perlindungan dengan Allah S.W.T, semoga kita semua terselamat dari Fitnah Dajal.
SATU MATA MELIHAT SEMUA (ALL SEEING ONE EYE). Bagi yang mengikut kisah-kisah Freemason mesti faham apa yang dimaksudkan. Namun rasanya semua tahu yang fizikal Dajal ditaksirkan dengan bermata satu.
Sila Renungkan: Dajal Punyai Mata Satu....Segelintir Manusia Haya Pandang “Sebelah Mata” Pada Kebenaran. Tak Sama Ke dengan Sifat Dajal Ni?
SI DAJAL YANG MENSYURGAKAN NERAKA DAN MENERAKAKAN SYURGA. Tabiat dalam diri manusia, membenarkan apa yang salah dan yang salah itu baginya benar, terutama apabila sesuatu isu berlaku terhadap orang terdekat mahupun puak dan kawan sendiri. Cepat melatah sekiranya perkara yang salah, ditegur mahupun dinasihati, ada pihak yang cuba untuk membela dan membenarkan kesalahan (walaupun sebenarnya teguran itu adalah untuk kebaikan). Apa yang berlaku terhadap kawannya pula, cepat-cepat disorok mahupun mengutarakan teori-teori songsang yang langsung terpesong dengan Al-Quran dan Sunnah.
Cuba bayangkan kalau perkara berkenaan berlaku kepada orang lain. Letih bergerak ke sana ke mari mencanang cerita. Sudah letih, internet pula menjadi sumber penyampaian samada blog mahupun Facebook. Yang penting adalah usaha yang gigih, untuk menjatuhkan orang lain seolah-olah dia adalah Ahli Syurga dan orang lain adalah Ahli Neraka.
Ajaran Freemason bergerak dengan sendiri dan melalui tabiat manusia. Jadi tak perlu menunding jauh mencari dan membongkarkan teori atau pengikut Freemasion. Tepuk Dada Tanya Diri adakah Anda Juga Pengikut Freemasion?
::INSPIRASI:: Sajak Melayu Poranda!
Bila Kalah Menjadi Arang...Yang Menang Jadi Abu..
Sesama Sendiri Berperang-Perang...Semuanya Mendapat Malu..
Panduan dan Tunjuk Ajar Sepatutnya Dari Al-Quran dan Hadith
Tapi Yang Berlaku Amatlah Sedih...
Tindakan Untuk Perbincangan Bersama-sama Tidak Dipilih
Adakah Semuanya Hilang Belas dan Kasih...
Kenapa Tidak Duduk Semeja...Daripada Dalam Media Perlu Dijaja
Pada Rakyat Semestinya Pendapat Berbeza-Beza...
Pro dan Pembangkang Akan Ada..Dalam Instistusi Demokrasi Beraja..
Kebebasan Bersuara Adalah Hak Semua
Tak Kira Pemerintah atau Rakyat Jelata
Mungkin Pendapat Tak Seberapa..
Tapi Demi Nusa dan Bangsa...
Pada Semua Bukanlah Minda...
Taksub dan Fanatik takkan Kemana...
Kita Penumpang diBumi yang Fana...
Akhirat Disana, Segala Perbalahan Akan Ditanya.
Sesama Sendiri Berperang-Perang...Semuanya Mendapat Malu..
Panduan dan Tunjuk Ajar Sepatutnya Dari Al-Quran dan Hadith
Tapi Yang Berlaku Amatlah Sedih...
Tindakan Untuk Perbincangan Bersama-sama Tidak Dipilih
Adakah Semuanya Hilang Belas dan Kasih...
Kenapa Tidak Duduk Semeja...Daripada Dalam Media Perlu Dijaja
Pada Rakyat Semestinya Pendapat Berbeza-Beza...
Pro dan Pembangkang Akan Ada..Dalam Instistusi Demokrasi Beraja..
Kebebasan Bersuara Adalah Hak Semua
Tak Kira Pemerintah atau Rakyat Jelata
Mungkin Pendapat Tak Seberapa..
Tapi Demi Nusa dan Bangsa...
Pada Semua Bukanlah Minda...
Taksub dan Fanatik takkan Kemana...
Kita Penumpang diBumi yang Fana...
Akhirat Disana, Segala Perbalahan Akan Ditanya.
Sunday, May 1, 2011
::NATURE:: Tomato @ My Backyard
After a long wait, from December 2010... this is it the Outcome!
Check the progress if you like:
1. The Beginning
2. The Birth
Friday, April 29, 2011
::INSPIRASI:: Kisah Sebatang Pokok
Kurang-kuranglah mencari salah orang lain, salah ejaan kat twitter atau facebook pun nak jadi isu juga ke, belajar dari kesilapan orang lain untuk hargai dan syukuri keupayaan sendiri. |
Namun dalam satu kes, Si Pokok dipersalahkan akibat angkara Si Angin. Kisahnya bermula apabila tiupan Angin yang sepoi-sepoi bahasa, menjadi begitu kuat sehingga Pokok yang sebelumnya hanya bergoyang terus tumbang! Tumbangnya Si Pokok berkenaan menjadi lebih teruk apabila tertumbang ke atas Sang Kereta. Apa lagi melatahlah Tuan punya Sang Kereta, tak cukup dengan cemuhan, sindiran dan sumpah seranah, malah disiarkan di dada-dada akhbar dan Facebook tentang Si Pokok yang tumbang dan merosakkan Sang Kereta, siap Front Page lagi ;)
Tak cukup dengan itu, derita Si Pokok bertambah teruk, dikerat-kerat dan dipotong-potong serta dicampak-campak di tepi longkang kerana mengganggu lalu lintas dan menyebabkan jalan sesak hingga berkilometer jauhnya.
Bagi yang bersimpati amat sedih dan termenung meratapi nasib Si Pokok. Termenung sambil mengenangkan jasanya bertahun-tahun melindungi kereta-kereta mereka dari kepanasan Sang Mentari. Jauh di sudut hati, mereka menghargai pengorbanan Si Pokok, namun jasanya yang bertahun-tahun lenyap angkara Sang Angin dan hanya kerna kesalahan sehari.
Saturday, April 16, 2011
::WALLPAPER:: PERAK IN PHOTOSHOP
As promised, the wallpaper for Perak. The size 1280x800 suits for laptop. Free to download and credits to http://www.jeebsion.com/blog/ for the images. Good Luck Perak and Always Kejor Yob!
feel free to download, size 1280x800 |
Monday, March 28, 2011
::INSPiRASI:: Selamat Tinggal
Masa mengajar erti penyesalan dan kenangan silam, dan masa mengejar masa hadapan agar meninggalkan mereka yang tidak berfikir sekarang. Setiap detik berlalu diharungi tanpa mahu disedari, namun dalam keadaan sedemikian direncahkan setiap detik berkenaan dengan bait-bait kebencian dan kerosakkan.
Samada gagal berfikir dengan baik mahupun hati telah diracuni dengan titik-titik hitam, yang mula bertompok atas keegoan hari ini, dan tanpa diketahui ianya akan terpantul nantinya sebagai penyesalan di masa silam. Adakah ianya bakal dikecapi dengan penuh nikmat kemanisan, ataupun dipenuhi dengan nista yang tidak berperisa.
Jika masih dikenang sebagai nikmat kemanisan, maknanya tiada perubahan tercipta di saat berkenaan, kerna masih tersimpan bait-bait kebencian. Namun masa masih bergerak dengan pantas, tanpa menghiraukan sendaloka ciptaan manusia pada hari ini. Dan setiap detik apabila jauh ditinggalkan, perasaan yang pernah dititik dengan bait-bait kebencian akan tetap hilang dan pergi samada haluan berbeza mahupun sahutan Ilahi.
Disaat demikian, adakah penyesalan dapat menyembuhkan bait-bait kebencian yang pernah dilontarkan terhadap sekeping perasaan? Atau akan terbit bait-bait kebencian terhadap diri sendiri atas kerosakkan silam yang pernah direncahkan. Akan terdetik seribu penyesalan dengan tadahan tangan mengharap ihsan Ilahi, namun kerosakkan bukan hanya pada Yang Maha Berkuasa namun terhadap hati manusia yang telah meninggalkannya terlebih dahulu.
Masa pada detik berkenaan akan mengajarnya erti kerosakkan yang tiada kemaafan dari sekeping hati manusia. Masa juga bakal mengajar tentang penyesalan dan tentang kenangan silam yang tak mampu menyembuhkan jiwanya kembali.
Jika anda membacanya hari ini bermakna masih ada masa untuk anda menyirami dengan titisan-titisan kemanisan agar dapat diucapkan Selamat Tinggal kepada masa silam tanpa sebarang Penyesalan.
Sunday, March 27, 2011
::WALLPAPER:: & ::EDUCATION:: HIJAU KUNING & Think Out Of Square in Creating A Design.
Mostly and normally we always listen and aware with caption "Think Out of the Square" and mostly referred to our life and the way we think in our life. This time how about relate it with what we should do in Design. As part of the idea I'll create wallpaper and using beautiful images from http://www.jeebsion.com/blog/ and Adobe Photoshop as the medium.
For sure the "square" is a common sense in design, paper size, monitor setting; interface layout and screen design and etc, all refer to square in shape or size. It's how the visual in 2D was previewed. Mostly it referred to height and width. I'm not talking about that essentially, however the focus more on take out the frame or square of certain image and preview with different type of display, as you can see image below.
As part of advantages, it's easier to place and set the layout as creative as we can. Square and square lead you to create a formal and Mondrian types of layout. I’m not saying that it's boring but, normal to see and less impact. Too organize and suitable only for formal products or ideas.
We can establish and creatively suggest the different types of layout even though the layout still square in shape. Let paper be the square but our idea out of it. Furthermore we can develop lots of different layout and ideas to play with.
The final result should be more impact and more flow with rhythm and creative proportion. No worries just think out of the square. Enjoy the FREE Wallpaper especially Fans Of HijauKuning. Next wallpaper Seladang, Kejor Yop Kejor.
Final Result - click to enlarge 1280x800 and free to download :)
|
Sunday, March 20, 2011
:: EDUCATION :: Sample for 102CR
Similar to previous post, the sample of Digital Art personally created for class 102CR. This one was done last year as a sample and process of teaching in assists students in learning Vector Graphic.
The artwork was simply done in class as guidance to the students in learning Adobe Illustrator. Emphasis on learning tools in Adobe Illustrator, colour combination and basic shapes.
With the limitation of time and to assist different level/quality of students especially with graphic and computer knowledge, really makes me enjoyed my class. The simple word for them to be creative and the medium such as Adobe Illustrator will help to convey the idea.
art of flower |
Saturday, March 19, 2011
:: EDUCATION :: Spontaneous Idea for Class 102CR
Idea...idea...and idea...
Sometimes it’s easy but normally it’s quite difficult to achieve. I feel bless as most of the time, idea and idea is always “blink and wink” in my mind.
For the particular class, 102CR the idea is to assist students in comprehend the Vector Graphic. In order to teach vertex and vertices, exploring curves and organic shape for sure is suitable and related to the topic. Exploring the digital art and applies with Adobe Illustrator give me a chance to improvise the idea. It took me less than 30 minutes to complete the idea.
Hey, for sure it’s suitable to hang it on the wall at the living room.
::NATURE:: @ My Backyard – VOL.02 -The Birth
Weekend especially on Saturday, is a gardening time. Quite sometimes after working on weekend, today is a payback time. Nothing special but only delightful to watch the plant is finally growth well. Cutting the grass, watering and remove unnecessary plant it was a pleasant exercise on this weekend.
Roselle, tomatoes, capsicum and others finally ready to give a ‘present’, after I’m waiting for 3 months. Surprisingly Date tree also show up, as part of the miracle happened at my backyard. Check 3 moth before.
For how long I have to wait before everything is ready to harvest is depending on how well I keep my eyes open and take care of their needs.
Tomatoes and Roselle |
Dates tree, Capsicum and Guppy |
Monday, February 28, 2011
:: NATURE :: Love Sign
Another indication from the nature, believe it this is not a photo manipulation, the sky communicate clearly. As for me I don't believe myself that I able to capture the moment. Compare to the post @NATURE:: If only We Can See.... is for sure photo manipulation but this one is not.
real moment at Hutan Royal Belum |
Tuesday, February 22, 2011
@NATURE:: If only We Can See....
Nature...part of life and a very good companion as we walk through this journey. We keep embrace the nature, how beautiful they are, how peaceful and harmony they able to coloured our life. The question was...how well we hold them, how well we manage them, are we good enough, compare to how excellent nature keep us motivated and bliss?
If only we can see...they keep telling us something, to put away their misery and to stop hurting them. Did we notice it? Look at the image and you will discover the answer.
Save Us |
Saturday, January 8, 2011
QUOTE :: What I Believe VOL.02 - Letaknya Keindahan Dunia.
Keindahan Dunia adalah kerna Kesatuan Jiwa Manusia yang Tidak Sempurna, Tetapi Masing2 Berkongsi Kelebihan dan Menghormati Kelemahan. Jiwai segala kelebihan orang lain dengan sama-sama berkongsi dengan kelebihan sendiri. Tak pernah hilang mahupun kurang kelebihannya sekiranya berkongsi, malahan akan bertambah serta harmoni persekitarannya. Bukankah ini akan membawa keindahan, disamping menyihatkan jiwa serta rohani? Di situlah sebenarnya terletak keindahan Dunia. Jika ini terjadi maka, paginya akan disinari mentari yang indah dan senjanya diselubungi ketenangan. Nikmat sebegini hanya dinikmati oleh mereka-mereka yang tenang fikirannya serta lembut hatinya.
Hancurnya Keindahan Apabila Kelebihan Menjadikannya Riak dan Berlagak Serta Kelemahan Menjadikannya Berhati Busuk. Perkara ini tak perlu diolah kerna mereka yang sihat jiwa dan akalnya akan terus memahami. Tambahan lagi Dunia Begitu Indah untuk melayani mereka-mereka seperti ini. Biarlah dibahunya dibebani dengan seribu macam hasad, riak, takabur dan keceluparan di sepanjang perjalanan hidupnya. Apabila Dunia terhenti hanya bebanan itulah yang akan menemaninya kelak.
hate others to hate you |
Subscribe to:
Posts (Atom)